Advertisement Block


Kaka & ronAldo musnahkan Ajax

Wednesday 28 September 2011

Cristiano Ronaldo dan Kaka memacu Real Madrid untuk kemenangan 3-0 ke atas Ajax dalam perlawanan Liga Juara-Juara kelmarin, sekali gus meletakkan kelab Sepanyol itu di tangga teratas Kumpulan D selepas dua kemenangan berturut-turut.
Ajax memulakan permainan dengan kemas tetapi Ronaldo memberi kelebihan kepada Madrid dengan gol pembukaan pada minit ke-25 di Stadium Santiago Bernabeu. Kaka - yang jarang turun dalam kesebelasan utama - menggandakan jaringan dan mengumpan satu gol kepada Karim Benzema sebelum rehat.
Dalam tiga pertemuan sepanjang dua musim lalu, Madrid mengatasi juara Belanda itu 9-0. Madrid kini mengumpul enam mata selepas dua perlawanan dan Ajax, satu. Lyon di tangga kedua dengan empat mata selepas menewaskan Dinamo Zagreb 2-0.

“Kemenangan yang baik. Kami meraih kedudukan teguh dalam kumpulan,” kata Kaka. “Kita lihat sama ada kami dapat meneruskan rentak ini dan melepasi saingan peringkat kumpulan.”

Pembantu jurulatih, Aitor Karanka mengambil posisi di tepi padang selepas pengendali, Jose Mourinho masih dibelenggu penggantungan tiga perlawanan (kelmarin yang terakhir) kerana menuduh pengadil UEFA berat sebelah ketika separuh akhir Liga Juara-Juara bertemu juara, Barcelona, musim lalu.

Namun sebelum menyerahkan tugasnya kepada Karanka, Mourinho merombak kesebelasan utamanya selepas aksi kurang konsisten akhir-akhir ini, dengan pemain sayap Angel Di Maria direhatkan dan Kaka digandingkan dengan Mesut Oezil.
Pemain 18 tahun, Raphael Varane tersenarai dalam skuad utama buat kali ketiga berturut-turut, menggantikan Pepe di benteng pertahanan bersama-sama Ricardo Carvalho yang kembali beraksi selepas terlepas satu perlawanan kerana kecederaan kepala. – AP

0 comments:

Post a Comment