Advertisement Block


Kaka & ronAldo musnahkan Ajax

Wednesday 28 September 2011

Cristiano Ronaldo dan Kaka memacu Real Madrid untuk kemenangan 3-0 ke atas Ajax dalam perlawanan Liga Juara-Juara kelmarin, sekali gus meletakkan kelab Sepanyol itu di tangga teratas Kumpulan D selepas dua kemenangan berturut-turut.
Ajax memulakan permainan dengan kemas tetapi Ronaldo memberi kelebihan kepada Madrid dengan gol pembukaan pada minit ke-25 di Stadium Santiago Bernabeu. Kaka - yang jarang turun dalam kesebelasan utama - menggandakan jaringan dan mengumpan satu gol kepada Karim Benzema sebelum rehat.
Dalam tiga pertemuan sepanjang dua musim lalu, Madrid mengatasi juara Belanda itu 9-0. Madrid kini mengumpul enam mata selepas dua perlawanan dan Ajax, satu. Lyon di tangga kedua dengan empat mata selepas menewaskan Dinamo Zagreb 2-0.

“Kemenangan yang baik. Kami meraih kedudukan teguh dalam kumpulan,” kata Kaka. “Kita lihat sama ada kami dapat meneruskan rentak ini dan melepasi saingan peringkat kumpulan.”

Pembantu jurulatih, Aitor Karanka mengambil posisi di tepi padang selepas pengendali, Jose Mourinho masih dibelenggu penggantungan tiga perlawanan (kelmarin yang terakhir) kerana menuduh pengadil UEFA berat sebelah ketika separuh akhir Liga Juara-Juara bertemu juara, Barcelona, musim lalu.

Namun sebelum menyerahkan tugasnya kepada Karanka, Mourinho merombak kesebelasan utamanya selepas aksi kurang konsisten akhir-akhir ini, dengan pemain sayap Angel Di Maria direhatkan dan Kaka digandingkan dengan Mesut Oezil.
Pemain 18 tahun, Raphael Varane tersenarai dalam skuad utama buat kali ketiga berturut-turut, menggantikan Pepe di benteng pertahanan bersama-sama Ricardo Carvalho yang kembali beraksi selepas terlepas satu perlawanan kerana kecederaan kepala. – AP

siapa suarez

Sunday 25 September 2011

- Lahir pada 24 Januari 1987 di Salto, sebuah kota terbesar keenam di Uruguay. Pemain yang bernama lengkap Luis Alberto Suarez Diaz telah bermain bersama timnas Uruguat sejak tahun 2007

- Suarez merupakan seorang dari tujuh beradik yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Memulakan karier profesional di montevideo side Nacional tahun 2005, Suarez akhirnya memenangi kejuaraan bersama klun di tahun 2006 dengan menghasilkan 12 gol dari 29 pertandingan.

- Abang Luis, Paolo, juga seorang pemain sepak bola profesional.

- Luis berusia 19 tahun ketika dibawa ke Belanda oleh Groningen dan kemudiannya dipindah ke Ajax Amsterdam dua tahun kemudian.

- Isteri Luis bernama Sofia Balbi, ialah teman masa kecilnya. Mereka menikah tahun 2009 lalu.

- Tahun 2010, Suarez di berikan penghargaan sebagai Pemain Terbaik di Belanda setelah mengakhiri musim 2009/10 sebagai penjaring terbanyak dengan 35 gol di 33 pertandingan Liga (49 gol diseluruh kompetisi)

- Menjadi sebahagian dari 23 anggota skuad Uruguay di Piala Dunia 2010.

- Selama Piala Dunia 2010, Suarez telah membuat enam penampilan dengan bermain hingga 543 minit dan menghasilkan 3 gol serta satu kad merah.

- Luis Suarez mencuri perhatian dunia saat pertandingan suku akhir final melawan Ghana dimana dia dengan kontroversial menahan gol ke gawang Fernando Muslera menggunakan tangannya di minit akhir masa tambahan. Sayangnya Asamoah Gyan yang mengambil sepakan penalti bagi Ghana, gagal melakukan tugasnya.

HendErsoN

1. Nama penuhnya Jordan Brian Henderson, lahir 17 Juni 1990 di Sunderland.Ia merupakan produk asli akademi sepak bola Sunderland.
2. Henderson memainkan liga pertamanya di team senior Sunderland pada 1 November 2008 semasa The Black Cats kalah 0-5 dengan Chelsea di Stamford Bridge. Debut Henderson di Stadium of Lights sekaligus penampilan pertamanya sebagai kesebelasan utama adalah saat menghadapi Blackburn Rovers di Piala Liga (Carling Cup).
3. Henderson pernah dipinjamkan ke team Divisi Satu (Championship) Coventry City selama sebulan pada musim 2008-09 dan melakukan debutnya semasa Sky Blues kalah 1-2 dari Derby County. Kontrak pinjaman Henderson kemudian dipanjangkan hingga akhir musim. Semasa dipinjamkan ke Coventry, Henderson mengalami kecederaan kaki sebelum kembali ke Sunderland pada April 2009.
4. Gol pertama Henderson di Premier League pada 19 Desember 2009 ke gawang Manchester City. Henderson kemudian meraih penghargaan sebagai pemain muda terbaik musim 2009-10.
5. Musim 2009-10, Henderson bermain reguler di team inti dan menghasilkan gol pertamanya untuk Sunderland pada pertandingan putaran tiga Piala Liga menghadapi Birmingham City. Ia kemudian menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama Sunderland.
6. Musim lalu Henderson menghasilkan 39 peluang lebih banyak dari rakan-rakannya.Henderson mencatat 82 peluang, berada di tangga kelima selepas Florent Malouda, Kevin Davies, Chris Brunt, dan Stewart Downing.Henderson mencatat 41 tekel bersih dari 62 tekel dan hanya dua kali mendapat kad kuning.
7. Henderson dipanggil oleh Fabio Capello dan melakukan debutnya pada 17 November saat england kalah 1-2 di Wembley. Hingga kini Henderson telah bermain sembilan kali untuk The Three Lions di semua level. Debutnya di england U19 adalah lawan Republik Ceska tahun 2009.
8. Henderson dua musim berturut-turut terpilih sebagai pemain terbaik Sunderland musim 2009-10 dan 2010-11. Ia juga masuk dalam skuad England U21 pada Piala Eropa U21 di Denmark.
9. Pada Januari 2011, Henderson daftar nominasi pada website FIFA sebagai 13 pemain muda potensial bersama kiper Atletico Madrid David De Gea dan striker Anderlecht Romelu Lukaku.
10. Henderson merupakan pembelian pemain pertama Kenny Dalglish musim panas ini. Setelah menandatangani kontrak selama lima tahun, Henderson terus terbang ke Denmark mengikut rakan-rakan sepasukannya di Piala Eropa U21.